Assalamualaikum...
Hari ni biha dapat berita seorang hamba Allah kawasan rumah pergi mengadap sang pencipta. Dengar-dengar cerita arwah ni sakit buah pinggang muda lagi sebelum kawen lagi tapi masa tu masih terkawal. Lepastu arwah ni ada beli supplement untuk kencing manis dari kawan dia produk apa tak tahulah. Lepas satu tempoh arwah ni makan supplement tu kencing manis dia dari tak teruk jadi lebih teruk. Allahu sedihnya dari nak berubat terus sakit kronik.
Tolonglah yang kat luar sana kalau nak beli apa-apa produk rajin-rajin buat research pasal produk jangan main hentam je asal nampak iklan putih dalam 7 hari, kurus dalam 7 hari, jerawat jeragat hilang 72jam, penyakit sembuh 7 hari terus beli. Memang iklan tu tak tipu pun cuma kesan sampingan untuk jangka masa panjang anda tidak terjamin.
Ada biha dengar cerita orang sakit gout beli supplement memang hilang goutnya tapi lepastu ada masalah buah pinggang. Haaa macam mana tu? Sampai tahap kronik tak boleh buat apa dah. Korang fikir la sendiri mana baik mana buruk.
Sebagai pengguna jadilah pengguna yag bijak jangan jadi pengguna membuta tuli. SNE macam mana pulak? Haaa korang nak tahu pasal SNE google je belambak artikal pasal SNE dan ada website rasmi SNE jugak tau. Rajin-rajin membaca ye.
Oklah setakat ni dulu coretan biha, esok nak travel 8jam. Daaaa
Assalamualaikum😘
No comments:
Post a Comment